COMPARATIVE PERSPECTIVES ON BEST PRACTICES (IMEC2007)

Venue: tHE BAYVIEW BEACH RESORT, PENANT

Location: PULAU PINANG, PULAU PINANG, Malaysia

Event Date/Time: Jun 22, 2007 End Date/Time: Jun 24, 2007
Registration Date: Apr 30, 2007
Early Registration Date: May 15, 2007
Abstract Submission Date: Apr 06, 2007
Paper Submission Date: Apr 13, 2007
Report as Spam

Description

Abstrak

Pada prinsipnya Asas sesebuah sekolah itu walaupun di pelusok mana ianya tetap sama. Setiap sekolah perlu ada murid sebagai penerima ilmu. Para guru sebagai penyampai ilmu dan kuruikulum yang diajarkan. Semuanya berlaku dalam sebuah bilik darjah dengan jadual waktu tersendiri mengikut acuan yang ditetapkan oleh sekolah. Di Negara Malaysia kurikulum itu diseragamkan untuk keperluan Malaysia. Ia berlaku hampir di semua sekolah di Malaysia. Ini bermakna sekolah mesti ada guru, murid dan kurikulum yang ditetapkan. Guru pula menerima latihan asas yang seragam dan dibayar gaji dalaam sifir yang serupa samaada guru siswazah dan bukan siswazah. Bedanya ada sekolah Bandar dan sekolah luar Bandar, sekolah besar dan sekolah kurang enrolmen. Sekarang ada sekolah Bestari dan akan datang ada pula sekolah klaster. Ia berlaku berterusan seperti juga akses pendidikan. Walaubagaimana pun kita perlu sentiasa sedar ada sekolah maju dan ternama tetapi banyak sekolah tidak mencapai tahap minimum dan dinamakan sekolah daif, sekolah ansar dan di sini keciciran berlaku. Mengapa semuanya terjadi? Sedangkan pada dasarnya di Malaysia semua sekolah diprogramkan mengikuti kurikulum yang sama tidak kira sekolah Bandar Raya di Shah Alam, Petaling Jaya, di Kuala Lumpur atau di hujung kampong seperti Kuala Berang, di Rengit Batu Pahat atau Jelebu. Mengapa begitu? Apa telah dilakukan dan bagaimana mengatasinya…..











Biodata

Nama; Hj Yunos b Pipet
Tarikh lahir; 13 Januari 1958
Tempat lahir; Yong Peng, Johor

Persekolahan lalu;
SK Seri Pasir Putih, Yong Peng
SK Seri Yong Peng, Yong Peng
SMI Yong Peng, Yong Peng
SM Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat
SM Dato’ Seri Amar DiRaja, Muar
Universiti Pertanian Malaysia, Serdang
Institiut Aminuddin Baki, Genting
Universiti Pendidikan Sultan IdrisTanjung Malim

Pencapaian Pendidikan;
Diploma Sains Dengan Pendidikan
Diploma Pengurusan Sekolah
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan
Latarbelakang
Pengalaman sebagai Guru Besar di beberapa sekolah sekitar negeri Selangor sejak tahun 1990 telah mendewasakan dirinya untuk terus berkhidmat di sekolah. Walaupun semua sekolah yang pernah diketuai merupakan sekolah pinggir Bandar, perkampongan setinggan, kampong tradisional dan sekolah dalam bandaraya Shah Alam semuanya sekolah-sekolah daif yang dikategorikan sebagai sekolah Ansar. Sekolah ini berada pada tahap sangat lemah dan tidak layak berada dalam lingkongan sekolah bandar. Persoalan yang selalu dikemukakan ialah apakah murid di sekolah begini tidak berhak menerima pendidikan yang cemerlang?

Asas Sebuah Sekolah
Ab.Shukor (1999) menyatakan setiap sekolah dibina dengan asas-asas fizikal hampir serupa iaitu bilik darjah untuk tempat murid belajar. Perpustakaan untuk mengutip maklumat tambahan. Kantin sebagai tempat mendapat makan dan berehat. Makmal pula untuk mempraktik teori dari guru. Sementara padang dan gelanggang permainan untuk meyegarkan tubuh badan Di sekolah baru yang taraf sosial dan ekonomi yang kukuh mereka menerima lebih penambahan seperti keceriaan, gelanggang permainan yang dilengkapi kemudahan permainan waktu malam seperti dewan dan sebagainya. Rubiah (1998) menjelaskan walaubagaimana pun sekolah tidak didirikan hanya kerana politik tetapi keperluan pembangunan modal insan yang mampan dan berketrampilan. KPM(1997) menjelaskan berdasarkan cabaran yang mendatang dari masa ke semasa sekolah dipertingkatkan keupayaannya melalui kurikulum yang diciptakan, latihan keguruan dan prasarana sekolah. Banyak lagi pekara-pekara lain yang dijadikan asas dalam pembinaan sesebuah sekolah. Walaubagaimana pun pertambahan bilangan murid yang ramai menjadi pertimbangan pembinaan sesebuah sekolah di sesebuah kawasan. Apabila ada murid sudah pasti guru juga diperlukan untuk menyampaikan kurikulum. Di sinilah sekolah perlu didirikan.

Carta 1 ; Asas-asas Sekolah di Shah Alam

Perbedaan Sekolah


Carta 2: Ciri yang membedakan sesebuah sekolah
Al Ramaiah (1999) menjelaskan setiap sekolah sering dibandingkan dari aspek pencapaian murid dalam peperiksaan. Perbandingan ini dikatakan subjektif tetapi inilah instrument paling mampan menilai standard sekolah. Ada sekolah aktif dalam sukan malah mewakili Negara dalam berbagai bidang tetapi kegagalan meletakkan diri dalam senarai sekolah terbaik akan menafikan keyakinan ibu bapa menghantar anak ke sekolahnya.
Ab.Aziz (2004) menyatakan bahawa Pemimpin dan pengurusan sekolah perlu sentiasa berupaya melakukan perubahan dan mengesan kepincangan dalam pentadbirannya. Mereka perlu sentiasa melakukan pemantauan dan menilai setiap program yang dilaksanakan di sekolah masing-masing. Brent Davies (1999) memberitahu untuk tujuan ini instrument tertentu perlu digunakan secara sistematik bertujuan meenentukan semua perancangan berjalan mengikut jadual. Contohnya borang Instrumen dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia.
Edward de Bono (1995) menyarankan Pemimpin di sekolah perlu sentiasa memikirkan kelainan pendekatan contohnya memperkenalkan permainan baru di sekolah masing-masing. Mengenakan syarat untuk terlibat dalam sukan perlu baik dalam akademik. Maknanya murid, sekolah, ibu bapa dan komuniti sentiasa mahukan perubahan.
Justru itu setiap sekolah perlu membina watak tersendiri. Ab.Shukor (1999) menyatakan Watak akan menentukan halatuju sekolah, jenis murid yang memasukki sekolah, sokongan ibu bapa dan masyarakat dan bagaimana ia akan diurus. Sharipah (2000) menerangkan Semua faktor ini memerlukan guru yang serasi dengan keperluan impian pemimpin dan pengurusan sekolah. Pengurusan sekolah akan menentukan misi sekolah berdasarkan keupayaan dan kemudahan sedia ada di sekolah. Rubiah (1998) menyarankan kalau hendak menjadi guru bermakna sentiasa sanggup berubah. Bukan sekadar penampilan dari segi pakaian, malah kepakaran pedagogi dan metodologi, pendekatan komunikasi termasuk teknologi semasa.
Kothler (1997) menyatakan Strategi dalam pengurusan inilah yang akhirnya mengubah sikap komuniti terhadap sekolah. Ringkasnya komuniti mesti diyakinkan baru kita dapat sokongan dan sumbangan.

Venue

BATU FERRINGHI BEACH
PULAU PINANG
PULAU PINANG
Malaysia
MORE INFO ON THIS VENUE

Restrictions